Saturday 6 April 2013

Aspek Fizikal: Bentuk Muka Bumi di Negara Kita

Negara kita terdiri daripada kawasan tanah tinggi, tanah pamah, lembangan dan pinggir laut. Mari kita lihat.

A. Tanah Tinggi
Kawasan Tanah Tinggi terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Contohnya Banjaran Titiwangsa. Antara tanah tinggi yang terkenal ialah Tanah Tinggi Cameron di Pahang. Tanah Tinggi juga terdapat di pedalaman Sabah dan Sarawak. Contohnya Banjaran Crocker di Sabah. Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu di Sabah.
Tanah Tinggi Cameron, Pahang



B. Tanah Pamah
Tanah pamah ialah kawasan yang kurang daripada 180 meter dari aras laut. Tanah pamah di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih luas dan panjang. Contohnya Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kerian di Perak.
Dataran Kedah-Perlis


C. Pinggir Laut
Pinggir Laut di negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti tanjung, teluk, pantai dan pulau.Contohnya:
- Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan.
- Pulau Redang di Terengganu.
- Teluk Kimanis di Sabah.
- Tanjung Datu di Sarawak.
Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan


D. Lembangan
Lembangan ialah kawasan rendah, rata dan disaliri oleh sungai. Contohnya Lembangan Rajang, Sarawak.
Lembangan Rajang, Sarawak


Uji Minda
Apakah perbezaan kawasan lembangan dengan pinggir laut?

Mari Kita Jawab
Adakah bentuk muka bumi yang berikut terdapat di tempat tinggal kamu?



Aktiviti
Tajuk : Keadaan Muka Bumi di Malaysia.
Tujuan : Mengenal pasti kepelbagaian bentuk muka bumi di 
              negara kita.

Lihat peta di atas dengan teliti. Dengan merujuki atlas, namakan:
1. Pulau a.
2. Tanah tinggi b.
3. Sungai c.
4. Pinggir pantai d.
5. Lembangan e.
6. Gunung f.

No comments:

Post a Comment