Sunday 28 April 2013

Cuaca

Cuaca adalah keadaan atmosfera berdasarkan suhu, hujan, angin, tekanan udara, awan, kelembapan dan cahaya matahari dalam tempoh yang pendek dan dapat diramal. Lihat gambar di bawah dan simbol bagi cuaca yang berikut.

A. Cuaca Hujan
  


B. Cuaca Mendung
  


C. Cuaca Panas 


D. Cuaca Redup


E. Cuaca Berangin

Pengaruh Cuaca terhadap Kegiatan Harian
Keadaan cuaca dalam sehari adalah tidak menentu. Mari kita lihat pengaruh cuaca terhadap kegiatan harian penduduk.

Apabila cuaca panas pada waktu pagi, pekebun kecil memetik lada hitam.


Apabila hari hujan pada waktu petang, bapa membaca surat khabar. Ibu menganyam tikar. Adik-beradik bersama bermain catur.


Apabila cuaca redup pada waktu petang, kanak-kanak riang bermain di padang permainan. Penduduk kampung dapat beriadah.


Apabila cuaca berangin pada waktu pagi dan petang, kanak-kanak bermain layang-layang.

Uji Minda
Apakah aktiviti kamu semasa cuaca panas?

   PowerPoint Mengenai Cuaca
                   

Aktiviti
Tajuk   : Merekodkan Cuaca di Sekolah.
Tujuan : Menyatakan keadaan cuaca tempat tinggal murid.
Bahan
1. Termometer.
2. Buku catatan.
3. Sekeping kad manila.
4. Pensel warna.
5. Pen
Langkah
1. Sediakan carta cuaca dengan menggunakan kad manila. Rujuki carta cuaca di bawah.

2. Rekod keadaan cuaca bagi tempoh lima hari. Perkara yang perlu dilakukan :

  • Ambil bacaan suhu pada pukul 11.30 pagi setiap hari. Lihat gambar di atas yang menunjukkan bacaan suhu diambil dengan menggunakan termometer.
  • Lihat keadaan cuaca pada pukul 11.30 pagi setiap hari. Rekodkan keadaan cuaca dengan melukiskan simbol cuacanya.
3. Buat laporan cuaca dan terangkannya di dalam kelas.

1 comment:


  1. Iklim sedang berubah. cuaca di sumatera utara sangat hujan akhir-akhir ini

    ReplyDelete