Wednesday 1 May 2013

Kemudahan dan Perkhidmatan Awam

Kita sebagai rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan awam. Mari kita lihat.

A. Perkhidmatan Pelajaran
Perkhidmatan pelajaran memberikan pendidikan kepada rakyat. Oleh itu, kerajaan mendirikan sekolah, politeknik, kolej, maktab dan universiti. Oleh itu, setiap rakyat mendapat peluang belajar untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran.
Sekolah dibina bagi memberikan perkhidmatan pelajaran kepada penduduk.


B. Perkhidmatan Kesihatan
Perkhidmatan kesihatan memberikan rawatan kesihatan kepada rakyat dengan adanya hospital dan klinik. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah rawatan penyakit, ubat-ubatan dan pembedahan. Oleh itu, rakyat dapat hidup sihat dan sejahtera.
Perkhidmatan kesihatan disediakan untuk memberikan rawatan kepada rakyat.


C. Perkhidmatan Keselamatan
Perkhidmatan keselamatan disediakan untuk memastikan rakyat hidup aman dan sejahtera. Institusi yang menjaga keselamatan adalah seperti tentera, polis, bomba dan kastam.
Perkhidmatan polis trafik memudahkan lalu lintas di jalan raya.


D. Perkhidmatan Perhubungan
Perkhidmatan perhubungan diadakan untuk memudahkan perhubungan antara kita. Misalnya, kemudahan internet, penghantaran bungkusan dan surat, serta pembayaran bil-bil setempat. Oleh itu, rakyat mendapat kemudahan untuk menyelesaikan pelbagai urusan.
Perkhidmatan di pejabat pos memudahkan orang ramai menyelesaikan pelbagai urusan.


E. Kemudahan Tempat Beribadat
Selain itu, kerajaan turut menyediakan kemudahan tempat beribadat kepada rakyat. Antara tempat beribadat yang disediakan termasuklah masjid, tokong, kuil dan gereja. Oleh itu, rakyat bebas menganut agama dan mengamalkan kepercayaan masing-masing.
Masjid disediakan untuk kemudahan beribadat bagi penduduk beragama Islam.

Tokong disediakan untuk kemudahan beribadat bagi penduduk beragama Buddha.


Kuil disediakan untuk kemudahan beribadat bagi penduduk beragama Hindu.


Gereja disediakan untuk kemudahan beribadat bagi penduduk beragama Christian.


Aktiviti
Tajuk   : Perkhidmatan Awam di Bandar Tasik Puteri, 
              Rawang.
Tujuan : Mengetahui jenis perkhidmatan awam.

Berdasarkan peta lakar di atas, jawab soalan yang berikut.
(a) Senaraikan jenis perkhidmatan keselamatan dan jenis 
     kemudahan beribadat.
(b) Farah Julia tinggal di Jalan Hijau 9. Farah Julia hendak 
      pergi ke sekolah. Apakah jenis perkhidmatan awam yang 
      ada di sepanjang perjalanannya ke sekolah?

Sunday 28 April 2013

Cuaca

Cuaca adalah keadaan atmosfera berdasarkan suhu, hujan, angin, tekanan udara, awan, kelembapan dan cahaya matahari dalam tempoh yang pendek dan dapat diramal. Lihat gambar di bawah dan simbol bagi cuaca yang berikut.

A. Cuaca Hujan
  


B. Cuaca Mendung
  


C. Cuaca Panas 


D. Cuaca Redup


E. Cuaca Berangin

Pengaruh Cuaca terhadap Kegiatan Harian
Keadaan cuaca dalam sehari adalah tidak menentu. Mari kita lihat pengaruh cuaca terhadap kegiatan harian penduduk.

Apabila cuaca panas pada waktu pagi, pekebun kecil memetik lada hitam.


Apabila hari hujan pada waktu petang, bapa membaca surat khabar. Ibu menganyam tikar. Adik-beradik bersama bermain catur.


Apabila cuaca redup pada waktu petang, kanak-kanak riang bermain di padang permainan. Penduduk kampung dapat beriadah.


Apabila cuaca berangin pada waktu pagi dan petang, kanak-kanak bermain layang-layang.

Uji Minda
Apakah aktiviti kamu semasa cuaca panas?

   PowerPoint Mengenai Cuaca
                   

Aktiviti
Tajuk   : Merekodkan Cuaca di Sekolah.
Tujuan : Menyatakan keadaan cuaca tempat tinggal murid.
Bahan
1. Termometer.
2. Buku catatan.
3. Sekeping kad manila.
4. Pensel warna.
5. Pen
Langkah
1. Sediakan carta cuaca dengan menggunakan kad manila. Rujuki carta cuaca di bawah.

2. Rekod keadaan cuaca bagi tempoh lima hari. Perkara yang perlu dilakukan :

  • Ambil bacaan suhu pada pukul 11.30 pagi setiap hari. Lihat gambar di atas yang menunjukkan bacaan suhu diambil dengan menggunakan termometer.
  • Lihat keadaan cuaca pada pukul 11.30 pagi setiap hari. Rekodkan keadaan cuaca dengan melukiskan simbol cuacanya.
3. Buat laporan cuaca dan terangkannya di dalam kelas.

Saturday 6 April 2013

Aspek Fizikal: Bentuk Muka Bumi di Negara Kita

Negara kita terdiri daripada kawasan tanah tinggi, tanah pamah, lembangan dan pinggir laut. Mari kita lihat.

A. Tanah Tinggi
Kawasan Tanah Tinggi terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Contohnya Banjaran Titiwangsa. Antara tanah tinggi yang terkenal ialah Tanah Tinggi Cameron di Pahang. Tanah Tinggi juga terdapat di pedalaman Sabah dan Sarawak. Contohnya Banjaran Crocker di Sabah. Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu di Sabah.
Tanah Tinggi Cameron, Pahang



B. Tanah Pamah
Tanah pamah ialah kawasan yang kurang daripada 180 meter dari aras laut. Tanah pamah di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih luas dan panjang. Contohnya Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kerian di Perak.
Dataran Kedah-Perlis


C. Pinggir Laut
Pinggir Laut di negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti tanjung, teluk, pantai dan pulau.Contohnya:
- Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan.
- Pulau Redang di Terengganu.
- Teluk Kimanis di Sabah.
- Tanjung Datu di Sarawak.
Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan


D. Lembangan
Lembangan ialah kawasan rendah, rata dan disaliri oleh sungai. Contohnya Lembangan Rajang, Sarawak.
Lembangan Rajang, Sarawak


Uji Minda
Apakah perbezaan kawasan lembangan dengan pinggir laut?

Mari Kita Jawab
Adakah bentuk muka bumi yang berikut terdapat di tempat tinggal kamu?



Aktiviti
Tajuk : Keadaan Muka Bumi di Malaysia.
Tujuan : Mengenal pasti kepelbagaian bentuk muka bumi di 
              negara kita.

Lihat peta di atas dengan teliti. Dengan merujuki atlas, namakan:
1. Pulau a.
2. Tanah tinggi b.
3. Sungai c.
4. Pinggir pantai d.
5. Lembangan e.
6. Gunung f.

Saturday 9 March 2013

Fungsi Rumah kepada Manusia

Rumah penting bagi kehidupan manusia. Kepentingan rumah ialah memberikan perlindungan kepada kita, menyediakan keselesaan dan mewujudkan kemesraan keluarga.

A. Memberikan perlindungan
Rumah melindungi keluarga kita daripada hujan dan panas. Rumah juga dapat melindungi barang keperluan dan harta benda keluarga. Selain itu, rumah melindungi kita daripada ancaman berbahaya.


B. Menyediakan keselesaan
Terdapat pelbagai ruang dalam rumah. Ruang tamu berfungsi menyediakan tempat untuk kita beristirahat dan berinteraksi sesama anggota keluarga.


C. Mewujudkan kemesraan keluarga
Di rumah, kita dapat makan dan berbincang bersama-sama anggota keluarga. Anggota keluarga juga dapat merayakan hari perayaan, mengadakan majlis hari jadi dna kenduri.

Uji Minda
Apakah aktiviti di rumah yang dapat menambah kemesraan anggota keluarga kamu?


Video Lagu Keluarga Bahagia

Aktiviti
Tajuk  : Menghasilkan Album Mini Rumah Kesayanganku.
Tujuan: Menyatakan kepentingan rumah.
Bahan
1. Enam keping kad manila berukuran 15cm X 21cm.
2.Empat keping gambar berukuran poskad yang menunjukkan suasana yang berikut:

  • Makan bersama keluarga.
  • Menonton televisyen.
  • Menyambut hari perayaan.
  • Meraikan hari jadi.
Contoh-contoh Album


3. Gam.
4. Pensel warna.
5. Pen.
6. Reben.

Langkah :
1. Tampalkan setiap gambar pada setiap kepingan kad manila.     Tulis keterangan tentang gambar itu.
    Contoh : Saya dan keluarga sedang menonton televisyen  
                   bersama.
2. Tulis tajuk pada kad manila yang hendak dijadikan kulit 
    album.
3. Hiaskan kulit hadapan album.
4. Tebuk dua lubang pada bahagian kiri bagi semua kepingan 
    kad manila.
5. Ikat semua kepingan kad dengan reben.
6. Hadiahkan album mini ini kepada ibu saudara kamu.

Saturday 16 February 2013

Rumah di Negara Lain

Di negara lain juga terdapat pelbagai jenis rumah. Di Zon Sejuk, Zon Panas, Zon Sederhana Sejuk dan Zon Sederhana Panas, terdapat jenis dan reka bentuk rumah yang tersendiri. Mari kita lihat bentuk rumah di zon-zon ini.

A. Rumah di Zon Sejuk
Di Zon Sejuk terdapat pelbagai jenis rumah, iaitu iglu, tupik dan rumah kayu. Iglu ialah rumah musim sejuk yang berbentuk separuh bulatan. Iglu dibina daripada ketulan ais. 
Iglu

Tupik ialah khemah yang berbentuk segi tiga, iaitu rumah musim panas. Tupik dibina daripada kulit anjing laut atau karibu. 
Tupik

Rumah daripada kayu mempunyai bumbung berbentuk "V" terbalik dan berserombong.
Rumah Sebuah

Uji Minda
Mengapakah bumbung rumah di Zon Sejuk berbentuk "V" terbalik dan berserombong?



B. Rumah di Zon Sederhana Sejuk
Rumah di Zon Sederhana Sejuk mempunyai bumbung berbentuk "V" terbalik. Bumbung demikian membolehkan salji yang turun pada musim sejuk terus meluncur ke bawah. Rumah di zon ini mempunyai serombong asap.

Rumah berbumbung "V" terbalik


C. Rumah di Zon Panas
Di Zon Panas, terdapat rumah berbentuk segi empat dan berbumbung rata. Rumah ini dibina daripada batu bata. Bumbung yang rata dapat mengurangkan kerosakan apabila angin bertiup kencang.Terdapat juga khemah, iaitu tempat tinggal kaum Badwi. Bentuk khemahnya panjang. Khemah ini diperbuat daripada kulit binatang atau kain tebal.
Rumah berbumbung rata

Khemah

D. Rumah di Zon Sederhana Panas
Zon Sederhana Panas mempunyai jenis rumah sebuah dan teres. Rumah di zon ini mempunyai bumbung berbentuk "V" terbalik. Walaupun zon ini suhunya rendah pada musim sejuk tetapi tidak bersalji. Rumah di sini tiada serombong asap.


Rumah sebuah

Mari Kita Jawab
(a) Nyatakan reka bentuk rumah di Zon Sejuk dan Zon Panas.
(b) Mengapakah reka bentuknya berbeza?

Sunday 13 January 2013

Pembinaan Rumah

Perbandingan antara rumah tradisional dengan rumah moden boleh dilihat daripada aspek pelan dan ruang, struktur binaan dan bahan binaan.


Pelan Ruang Rumah
Pelan ruang rumah ialah rajah yang menggambarkan bentuk dan kedudukan ruang sesebuah rumah. Mari kita bandingkan ruang rumah tradisional dan ruang rumah moden.

Pelan Ruang Rumah Tradisional


Pelan Ruang Rumah Moden

Kedudukan ruang di dalam rumah : 
Jenis Rumah
Kedudukan Ruang di Dalam Rumah
Bilik Tidur
Ruang Dapur
Bilik Air
Ruang Tamu
Rumah Tradisional
di tengah
di belakang
di belakang
di hadapan
Rumah Moden
di hadapan
di tengah
di belakang
di belakang
di hadapan
di hadapan
di belakang
di tengah
di hadapan
      
Mari Kita Jawab
(a) Nyatakan ruang rumah kamu.
(b) Di manakah kedudukan ruang-ruang rumah kamu?


Struktur dan Bahan Binaan
Struktur rumah ialah susunan atau rangka sesebuah rumah. Bahan binaan pula ialah bahan yang digunakan untuk membina rumah. Cuba bezakan struktur dan bahan binaan rumah tradisional dengan rumah moden berdasarkan gambar di bawah.

Rumah Tradisional


Rumah Moden

Uji Minda
Apakah bahan untuk dibuat tingkap bagi kedua-dua rumah di atas?

Video Pembinaan Rumah Tradisional Melayu

Mari Kita Jawab
Nyatakan bahan yang digunakan untuk membina bumbung rumah tradisional dan rumah moden.


Rumah yang Selesa dan Berkualiti
Kita semua ingin memiliki rumah yang selesa. Rumah yang selesa mempunyai banyak ruang. Rumah yang selesa juga mesti dibina daripada bahan yang berkualiti.

Perhatikan jenis bahan binaan rumah ini. Adakah bahan binaannya berkualiti? Mengapa?


Sunday 6 January 2013

Rumah Moden

Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa. Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu, kaca, besi, seramik, jubin dan kayu.


A. RUMAH TERES
     Rumah teres terdiri daripada rumah teres setingkat dan rumah teres dua tingkat. Gaya seni bina rumah teres ialah bersusun berbaris-baris. Reka bentuk rumah teres berasal dari Eropah pada lewat abad ke-17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimej-cermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres dan sering lebih luas kawasan daripada rumah-rumah yang di tengah-tengah. Di negara kita, rumah teres amat digemari oleh penduduk sama ada di kawasan bandar-bandar kecil, atau di bandar-bandar besar.
     Diperkenalkan pada permulaan abad keduapuluh, rumah teres (juga digelar rumah pautlurus) telah digunakan di Malaysia dan Singapura sejak pemerintahan awal British pada kedua-dua negara tersebut. Berasaskan reka bentuk rumah teres British, variasi Asia Tenggara adalah mirip dengan rakan British mereka (di mana tempat tinggal terletak di hadapan dan tingkat atas dan dapur di belakang). Versi-versi terdahulunya adalah lebih terbuka, direka bentuk untuk pengaliran udara yang lebih baik dan mencirikan halaman bahagian dalam, dengan sebuah laman depan, laman belakang, atau kedua-duanya. Sebuah rumah teres Melayu biasanya adalah satu atau dua tingkat tinggi, tetapi beberapa bilangan rumah teres yang mempunyai tiga atau empat tingkat juga wujud, khususnya rumah teres yang baru. Variasi terdahulunya mengikut seni bina Barat, Melayu , India dan Cina, dan juga Art Deco yang mana bangunan-bangunan direka bentuk berlainan dalam sebuah kawasan bandar. Derivatif terletak di dalam pusat bandar juga menggunakan ruang mereka untuk perniagaan di tingkat lantai dan kegunaan tempat kediaman di tingkat pertamadan di atas (dengan secara tepat digelarkan rumah kedai, juga mirip dengan bangunan Lingnan). Rumah teres bahagian dalam bandar direka bentuk biasanya kekurangan laman hadapan, oleh itu struktur bangunan secara langsung didirikan di hadapan jalan. Sebuag anjung jarak lima kaki biasanya diletakkan di tingkat lantai untuk kegunaan oleh pemilik dan pejalan kaki. Rumah teres terletak di pinggiran pusat bandar adalah kurang terhad, walaupun reka bentuk bangunan itu sendiri tidak seperti yang berada di bandar. Sesetengah rumah kelihatan mencirikan laman hadapan yang lebih panjang, cukup untuk sebuah kereta. Yang lain secara terhad dijadikan sebuah taman kecil.
Rumah Teres Setingkat


Rumah Teres Dua Tingkat


B. RUMAH BANGLO
     Banglo ialah sejenis rumah (biasanya) satu tingkat. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindi bangla pada 1676. Secara harafiah, ia bermakna sebuah rumah "dalam gaya Bengal".
     Rumah banglo merupakan rumah yang besar dan luas. Rumah itu juga dikenali sebagai sebuah rumah tunggal dalam satu kawasan tanah. Jadi, tentulah harganya mahal juga, sesuai dengan keunikannya serta keluasan tanah tempat sesebuah banglo didirikan. Di negara kita, terdapat pelbagai jenis rumah banglo. Tetapi kebanyakannya berbeza dari segi bilangan aras atau tingkat. Contohnya, yang biasa kita lihat adalah rumah banglo satu tingkat. Selain itu, rumah banglo dua tingkat juga biasa kita lihat.
     Cuma, rumah banglo tiga tingkat agak jarang dibuat oleh orang kecuali mereka yang mampu dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Rumah banglo satu tingkat amat sesuai kerana kita tidak perlu hendak naik ke tingkat yang lebih atas. Di negara kita golongan yang berpendapatan tinggi amat gemar mendiami di rumah banglo. Di samping ruang rumah yang selesa dan luas sering kali rumah banglo ini juga mempunyai halaman yang luas.
Rumah Banglo

Rumah Banglo


C. RUMAH PANGSA
     Rumah pangsa adalah rumah yang bertingkat-tingkat. Rumah Pangsa adalah bangunan empat tingkat yang blok-blok rumah pada setiap tingkat. Kerajaan yang prihatin akan membina rumah pangsa untuk rakyat miskin yang tidak mampu untuk membeli rumah di atas tanah seperti rumah teres. Rumah pangsa selalunya didiami oleh masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka dapat memiliki rumah pangsa kerana harganya murah walaupun terpaksa berkongsi dinding,bumbung, lantai dan halaman. Rumah pangsa kebanyakaannya dibina di pinggir bandar atau di bandar-bandar besar. Rumah pangsa dibina bagi menampung bilangan penduduk yang semakin ramai di negara kita.

Ciri Keselamatan pada Reka Bentuk Rumah Pangsa


Rumah Pangsa


Uji Minda
Bagaimanakah bentuk rumah pangsa?


D. KONDOMINIUM
Kondominium merupakan bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. Kondominium dibina di tengah-tengah kepadatan penduduk di dalam bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kondominium merupakan rumah mewah yang mahal harganya. Kondominium dilengkapi dengan fasiliti: seperti tempat letak kereta berbumbung, taman permainan, dan kolam renang. Kebanyakan kondominium di Malaysia dibina di kawasan bandar-bandar besar. Lokasi kondominium menarik minat golongan yang berpendapatan tinggi kerana persekitaran dan suasana yang aman, mempunyai perkhidmatan kawalan keselamatan 24jam dan “kesibukan rendah”. Kondominium lengkap dengan kabinet dapur, almari baju, penghawa dingin dan pelbagai fasiliti lengkap.

Kondominium


Kondominium