Sunday, 6 January 2013

Rumah Moden

Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa. Kebanyakan rumah moden dibina menggunakan bahan-bahan seperti atap genting, batu, kaca, besi, seramik, jubin dan kayu.


A. RUMAH TERES
     Rumah teres terdiri daripada rumah teres setingkat dan rumah teres dua tingkat. Gaya seni bina rumah teres ialah bersusun berbaris-baris. Reka bentuk rumah teres berasal dari Eropah pada lewat abad ke-17, di mana sebarisan rumah yang serupa atau berimej-cermin mengongsi dinding tepi. Rumah-rumah yang pertama dan berakhir digelar penghujung teres dan sering lebih luas kawasan daripada rumah-rumah yang di tengah-tengah. Di negara kita, rumah teres amat digemari oleh penduduk sama ada di kawasan bandar-bandar kecil, atau di bandar-bandar besar.
     Diperkenalkan pada permulaan abad keduapuluh, rumah teres (juga digelar rumah pautlurus) telah digunakan di Malaysia dan Singapura sejak pemerintahan awal British pada kedua-dua negara tersebut. Berasaskan reka bentuk rumah teres British, variasi Asia Tenggara adalah mirip dengan rakan British mereka (di mana tempat tinggal terletak di hadapan dan tingkat atas dan dapur di belakang). Versi-versi terdahulunya adalah lebih terbuka, direka bentuk untuk pengaliran udara yang lebih baik dan mencirikan halaman bahagian dalam, dengan sebuah laman depan, laman belakang, atau kedua-duanya. Sebuah rumah teres Melayu biasanya adalah satu atau dua tingkat tinggi, tetapi beberapa bilangan rumah teres yang mempunyai tiga atau empat tingkat juga wujud, khususnya rumah teres yang baru. Variasi terdahulunya mengikut seni bina Barat, Melayu , India dan Cina, dan juga Art Deco yang mana bangunan-bangunan direka bentuk berlainan dalam sebuah kawasan bandar. Derivatif terletak di dalam pusat bandar juga menggunakan ruang mereka untuk perniagaan di tingkat lantai dan kegunaan tempat kediaman di tingkat pertamadan di atas (dengan secara tepat digelarkan rumah kedai, juga mirip dengan bangunan Lingnan). Rumah teres bahagian dalam bandar direka bentuk biasanya kekurangan laman hadapan, oleh itu struktur bangunan secara langsung didirikan di hadapan jalan. Sebuag anjung jarak lima kaki biasanya diletakkan di tingkat lantai untuk kegunaan oleh pemilik dan pejalan kaki. Rumah teres terletak di pinggiran pusat bandar adalah kurang terhad, walaupun reka bentuk bangunan itu sendiri tidak seperti yang berada di bandar. Sesetengah rumah kelihatan mencirikan laman hadapan yang lebih panjang, cukup untuk sebuah kereta. Yang lain secara terhad dijadikan sebuah taman kecil.
Rumah Teres Setingkat


Rumah Teres Dua Tingkat


B. RUMAH BANGLO
     Banglo ialah sejenis rumah (biasanya) satu tingkat. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindi bangla pada 1676. Secara harafiah, ia bermakna sebuah rumah "dalam gaya Bengal".
     Rumah banglo merupakan rumah yang besar dan luas. Rumah itu juga dikenali sebagai sebuah rumah tunggal dalam satu kawasan tanah. Jadi, tentulah harganya mahal juga, sesuai dengan keunikannya serta keluasan tanah tempat sesebuah banglo didirikan. Di negara kita, terdapat pelbagai jenis rumah banglo. Tetapi kebanyakannya berbeza dari segi bilangan aras atau tingkat. Contohnya, yang biasa kita lihat adalah rumah banglo satu tingkat. Selain itu, rumah banglo dua tingkat juga biasa kita lihat.
     Cuma, rumah banglo tiga tingkat agak jarang dibuat oleh orang kecuali mereka yang mampu dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Rumah banglo satu tingkat amat sesuai kerana kita tidak perlu hendak naik ke tingkat yang lebih atas. Di negara kita golongan yang berpendapatan tinggi amat gemar mendiami di rumah banglo. Di samping ruang rumah yang selesa dan luas sering kali rumah banglo ini juga mempunyai halaman yang luas.
Rumah Banglo

Rumah Banglo


C. RUMAH PANGSA
     Rumah pangsa adalah rumah yang bertingkat-tingkat. Rumah Pangsa adalah bangunan empat tingkat yang blok-blok rumah pada setiap tingkat. Kerajaan yang prihatin akan membina rumah pangsa untuk rakyat miskin yang tidak mampu untuk membeli rumah di atas tanah seperti rumah teres. Rumah pangsa selalunya didiami oleh masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka dapat memiliki rumah pangsa kerana harganya murah walaupun terpaksa berkongsi dinding,bumbung, lantai dan halaman. Rumah pangsa kebanyakaannya dibina di pinggir bandar atau di bandar-bandar besar. Rumah pangsa dibina bagi menampung bilangan penduduk yang semakin ramai di negara kita.

Ciri Keselamatan pada Reka Bentuk Rumah Pangsa


Rumah Pangsa


Uji Minda
Bagaimanakah bentuk rumah pangsa?


D. KONDOMINIUM
Kondominium merupakan bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. Kondominium dibina di tengah-tengah kepadatan penduduk di dalam bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kondominium merupakan rumah mewah yang mahal harganya. Kondominium dilengkapi dengan fasiliti: seperti tempat letak kereta berbumbung, taman permainan, dan kolam renang. Kebanyakan kondominium di Malaysia dibina di kawasan bandar-bandar besar. Lokasi kondominium menarik minat golongan yang berpendapatan tinggi kerana persekitaran dan suasana yang aman, mempunyai perkhidmatan kawalan keselamatan 24jam dan “kesibukan rendah”. Kondominium lengkap dengan kabinet dapur, almari baju, penghawa dingin dan pelbagai fasiliti lengkap.

Kondominium


Kondominium

No comments:

Post a Comment