Rumah di Negara Lain


Di negara lain juga terdapat pelbagai jenis rumah. Di Zon Sejuk, Zon Panas, Zon Sederhana Sejuk dan Zon Sederhana Panas, terdapat jenis dan reka bentuk rumah yang tersendiri. Mari kita lihat bentuk rumah di zon-zon ini.

Rumah di Zon Sejuk

Di Zon Sejuk terdapat pelbagai jenis rumah, iaitu iglu, tupik dan rumah kayu. Iglu ialah rumah musim sejuk yang berbentuk separuh bulatan. Iglu dibina daripada ketulan ais. Tupik ialah khemah yang berbentuk segi tiga, iaitu rumah musim panas. Tupik dibina daripada kulit anjing laut atau karibu. Rumah daripada kayu mempunyai bumbung berbentuk "V" terbalik dan berserombong.














Rumah di Zon Sederhana Sejuk
Rumah di Zon Sederhana Sejuk mempunyai bumbung berbentuk "V" terbalik. Bumbung demikian membolehkan salji yang turun pada musim sejuk terus meluncur ke bawah. Rumah di zon ini mempunyai serombong asap.






Rumah di Zon Panas
Di Zon Panas, terdapat rumah berbentuk segi empat dan berbumbung rata. Rumah ini dibina daripada batu bata. Bumbung yang rata dapat mengurangkan kerosakan apabila angin bertiup kencang.Terdapat juga khemah, iaitu tempat tinggal kaum Badwi. Bentuk khemahnya panjang. Khemah ini diperbuat daripada kulit binatang atau kain tebal.






Rumah di Zon Sederhana Panas
Zon Sederhana Panas mempunyai jenis rumah sebuah dan teres. Rumah di zon ini mempunyai bumbung berbentuk "V" terbalik. Walaupun zon ini suhunya rendah pada musim sejuk tetapi tidak bersalji. Rumah di sini tiada serombong asap.

No comments:

Post a Comment