Wednesday 1 May 2013

Kemudahan dan Perkhidmatan Awam

Kita sebagai rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan awam. Mari kita lihat.

A. Perkhidmatan Pelajaran
Perkhidmatan pelajaran memberikan pendidikan kepada rakyat. Oleh itu, kerajaan mendirikan sekolah, politeknik, kolej, maktab dan universiti. Oleh itu, setiap rakyat mendapat peluang belajar untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran.
Sekolah dibina bagi memberikan perkhidmatan pelajaran kepada penduduk.


B. Perkhidmatan Kesihatan
Perkhidmatan kesihatan memberikan rawatan kesihatan kepada rakyat dengan adanya hospital dan klinik. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah rawatan penyakit, ubat-ubatan dan pembedahan. Oleh itu, rakyat dapat hidup sihat dan sejahtera.
Perkhidmatan kesihatan disediakan untuk memberikan rawatan kepada rakyat.


C. Perkhidmatan Keselamatan
Perkhidmatan keselamatan disediakan untuk memastikan rakyat hidup aman dan sejahtera. Institusi yang menjaga keselamatan adalah seperti tentera, polis, bomba dan kastam.
Perkhidmatan polis trafik memudahkan lalu lintas di jalan raya.


D. Perkhidmatan Perhubungan
Perkhidmatan perhubungan diadakan untuk memudahkan perhubungan antara kita. Misalnya, kemudahan internet, penghantaran bungkusan dan surat, serta pembayaran bil-bil setempat. Oleh itu, rakyat mendapat kemudahan untuk menyelesaikan pelbagai urusan.
Perkhidmatan di pejabat pos memudahkan orang ramai menyelesaikan pelbagai urusan.


E. Kemudahan Tempat Beribadat
Selain itu, kerajaan turut menyediakan kemudahan tempat beribadat kepada rakyat. Antara tempat beribadat yang disediakan termasuklah masjid, tokong, kuil dan gereja. Oleh itu, rakyat bebas menganut agama dan mengamalkan kepercayaan masing-masing.
Masjid disediakan untuk kemudahan beribadat bagi penduduk beragama Islam.

Tokong disediakan untuk kemudahan beribadat bagi penduduk beragama Buddha.


Kuil disediakan untuk kemudahan beribadat bagi penduduk beragama Hindu.


Gereja disediakan untuk kemudahan beribadat bagi penduduk beragama Christian.


Aktiviti
Tajuk   : Perkhidmatan Awam di Bandar Tasik Puteri, 
              Rawang.
Tujuan : Mengetahui jenis perkhidmatan awam.

Berdasarkan peta lakar di atas, jawab soalan yang berikut.
(a) Senaraikan jenis perkhidmatan keselamatan dan jenis 
     kemudahan beribadat.
(b) Farah Julia tinggal di Jalan Hijau 9. Farah Julia hendak 
      pergi ke sekolah. Apakah jenis perkhidmatan awam yang 
      ada di sepanjang perjalanannya ke sekolah?