Sunday 30 December 2012

Rumah Tradisional

 Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya. Lihatlah jenis dan reka bentuk rumah tradisional di bawah.


A. RUMAH PANJANG
Jenis rumah panjang biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur. Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tingi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat daripada batang kayu.
Rumah Panjang

Rumah Panjang Sarawak
     Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai dan gaya baru kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah panjang. Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakn seminar rumah panjang diadakan bagi mendapatkan pelbagai input daripada pemimpin masyarakat Iban, Bidayuh  dan Orang UluHak milik strata bagi setiap bilik akan dikeluarkan dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon pinjaman. Insuran rumah juga dapar dikeluarkan demi keselamatan rumah. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik. Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakan aktiviti diadakan di tempat itu.
    Arkitek daripada kaum Iban akan memastikan tidak menghapuskan hak "tuai rumah" yang menjadi ketua bagi setiap rumah panjang. Hak pentadbiran mereka akan dikekalkan. Di kampug tradisional Melayu, ketua kampung menjadi penghulu bagi kampung berkenaan. Reka bentuk baru itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot kedai dengan kaki limanya tetapi masih mengekalkan reka bentuk rumah panjang.
"Ruai" Rumah Panjang di Sarawak.


B. RUMAH MINANGKABAU
Rumah Mingkabau merupakan rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan. Reka bentuk rumah ini melentik seperti tanduk kerbau. Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan menetap di Negeri Sembilan dengan membuat rumah dan mengekalkan reka bentuk seperti rumah mereka di Minangkabau.
Rumah Minangbakau
Asal-usul Bentuk Rumah Minangkabau
     Bentuk atap rumah Minangkabau yang seperti tanduk kerbau sering dihubungkan dengan cerita Tambo Alam Minangkabau. Cerita tersebut tentang kemenangan orang Minang dalam peristiwa adu kerbau melawan orang Jawa.
     Bentuk-bentuk menyerupai tanduk kerbau sangat umum  digunakan orang Minangkabau, baik sebagai simbol atau pada perhiasan. Salah satunya pada pakaian adat, iaitu tingkuluak tanduak (tengkuluk tanduk) untuk Bundo Kanduang.
     Asal-usul bentuk rumah gadang juga sering dihubungkan dengan kisah perjalanan nenek moyang Minangkabau. Konon khabarnya, bentuk badan rumah Minangkabau yang menyerupai tubuh kapal adalah meniru bentuk perahu nenek moyang Minangkabau pada masa dahulu. Perahu nenek moyang ini dikenal dengan sebutan lancang.
     Menurut cerita, lancang nenek moyang ini semula berlayar menuju hulu Batang Kampar. Setelah sampai di suatu daerah, para penumpang dan awak kapal naik ke darat. Lancang ini juga ikut ditarik ke darat agar tidak lapuk oleh air sungai
    Lancang kemudian ditopang dengan kayu-kayu agar berdiri dengan kuat. Lalu, lancang itu diberi atap dengan menggantungkan layarnya pada tali yang dikaitkan pada tiang lancang tersebut. Selanjutnya, karena layar yang menggantung sangat berat, tali-talinya membentuk lengkungan yang menyerupai gonjong. Lancang ini menjadi tempat hunian buat sementara. Selanjutnya, para penumpang perahu tersebut membuat rumah tempat tinggal yang menyerupai lancang tersebut. Setelah para nenek moyang orang Minangkabau ini menyebar, bentuk lancang yang bergonjong terus dijadikan sebagai ciri khas bentuk rumah mereka. Dengan adanya ciri khas ini, sesama mereka bahkan keturunannya menjadi lebih mudah untuk saling mengenali. Mereka akan mudah mengetahui bahawa rumah yang memiliki gonjong adalah milik kerabat mereka yang berasal dari lancang yang sama mendarat di pinggir Batang Kampar.
Video tentang Rumah Minangkabau

Uji Minda
Apakah bentuk bumbung rumah Minangkabau?


C. RUMAH MELAYU MELAKA
     Reka bentuk rumah Melayu Melaka sememangnya unik dan mempunyai nilai identitinya yang tersendiri. Falsafah hidup masyarakat Melayu dan pegangan agama Islam yang utuh terpancar dalam asas pembinaan rumah ini. Fungsi ruang, nilai estetika pada ciri binaan dan motif ukiran adalah perlambangan cerminan jatidiri masyarakat Melayu tradisi yang mementingkan kerja tangan yang halus dan teliti. Sebagai lambang sejarah dan warisan negeri Melaka, rumah-rumah Melaka masih dipelihara dengan baik hasil usaha banyak pihak terutamanya Kerajaan Negeri Melaka. Hasil tinggalan sejarah ini perlu dilestarikan agar tidak dipinggirkan dengan ledakan senibina moden yang lebih bersifat material dan futuristik.
     Rumah tradisional Melayu yang asli di Melaka dikenali sebagai Rumah Melaka, dan bentuk bumbungnya panjang. Pada bentuk bumbungnya juga terdapat unsur-unsur senibina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau, dan tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengarauh Cina. Perbezaan yang ketara ialah pada bentuk bumbung, perabung dan jumlah tiang utamanya.

Rumah Melaka
     Di Melaka terdapat dua jenis rumah tradisional, iaitu jenis Rumah Serambi atau Rumah Melaka atau Rumah Bumbung Melayu dan jenis Rumah Perabung Limas atau Bumbung Limas. Rumah Melaka  terdiri daripada tiga jenis, yang terkecil dinamakan Rumah Bujang, iaitu struktur bangunannya terdiri daripada enam batang tiang utama. Jenis sederhana dinamakan Rumah Berbandung Dua, terdiri daripada dua belas batang tiang utama, manakala jenis yang terbesar dinamakan Rumah Berbandung Tiga, terdiri daripada enam belas batang tiang utama.
Rumah Serambi
    Pintu dan tingkap menjadi sebahagian daripada dinding. Rumah Melaka menggunakan beberapa buah pintu, iaitu pintu hadapan rumah, pintu di pelantar (selang) dan pintu di belakang rumah. Tingkap merupakan sebahagian dinding yang boleh dibuka katup dan berfungsi untuk pengedaran udara dan pencahayaan. Rumah Melaka mempunyai banyak tingkap yang dibuka ke arah luar. Jika tingkap memanjang ke lantai, di bawahnya dipasang kisi-kisi. Telah menjadi tradisi di Melaka kain-kain langsir perlu dipasang pada tingkap. Ukuran tingkap Rumah Melaka biasanya lebih kurag 80sm X 120sm manakala ukuran pintunya pula lebih kurang 90sm X 190sm.


D. RUMAH LIMAS
     Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Maksud Limas adalah bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid.
    Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi mengelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Rumah limas tidak memiliki pangkal serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.
     Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai "kolong" iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Rumah limas sebegini biasanya dikenali sebagai rumah baju kurung.
     Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala.
Rumah Limas di Johor

     Seni bina rumah limas tergolong dalam budaya kebendaan. Sebenarnya, seni bina rumah limas banyak menerima pengaruh luar. Antaranta penjajahan Belanda dan British di Tanah Melayu, pengaruh kemasukan agama Islam serta pengaruh daripada seni bina rumah Indonesia. Hal ini demikian dapat dilihat melalui transformasi rumah bumbung panjang iaitu rumah tradisional Melayu Johor kepada rumah limas. Masyarakat Melayu tradisional Melayu Johor telah mengadaptasi seni bina luar ke dalam seni bina rumah limas. Contohnya melalui pembinaan tangga yang mempunyai maksud tertentu. Pengaruh ini bukan sahaja diserap oleh masyarakat Melayu Johor namun masyarakat Melayu amnya. Seni bina rumah masyarakat Melayu Johor ini mempunyai nilai estetika yang perlu dikekalkan dan diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi.
     Bahan binaanya adalah daripada kayu cengal, keranji, penak. meranti dan sebagainya.



Aktiviti
Arahan:
1. Kamu dikehendaki merujuki atlas.
2.Berdasarkan peta di bawah, nyatakan jenis rumah tradisional bagi setiap negeri yang diwarnakan.